lets click!

Friday, May 15, 2009

Kopi X'sotika


Kopi X’Sotika™ adalah kopi segera yang mengandungi dua belas jenis herba semulajadi, diproses dan dicampurkan dengan gula tebu yang berkualiti tinggi serta krimer.
Campuran yang unik ini dirumuskan dengan rasa, aroma dan kesihatan untuk dinikmati oleh pelanggan kami. Moto kami, "Belum cuba, belum tahu - sudah cuba selalu mahu!".
Biji kopi di dalam rumusan ini diimport khas dari Brazil, dimana kami memastikan bijj kopi ini dipetik sendiri tanpa penggunaan mesin, manakala herba-herba didatangkan dari Negara China, India dan juga Indonesia.

Herba Cistanches
Herba ini banyak digunakan di dalam rumusan untuk meningkatkan keupayaan kaum lelaki di dalam melakukan seksual aktiviti baik di China ataupun di Jepun semenjak zaman dahulu kala. Herba ini dikatakan boleh meningkatkan peredaran darah di alat kelamin lelaki serta meningkatkan peredaran tenaga Yang.
Herba ini juga amat popular dan merupakan herba tonik Yang kuat di dalam rumusan bertujuan untuk meningkatkan seksual aktiviti, membantu merawat masalah mati pucuk, dan menguatkan belakang dan lutut. Untuk wanita, ia menolong dalam meningkatkan daya kesuburan.
Ia juga membantu di dalam meningkatkan fungsi buah pinggang dan pembuangan air besar. Kesemua ini, akan dapat membantu anda dalam menambahkan tenaga, daya kreativiti dan minda dan akhirnya menolong meningkatkan ketrampila diri anda - secara tak langsung membuatkan anda mempunyai daya penarik.

Semen Cuscuta Chinensis
Sebagai tonik untuk mata, dan hati, buah pinggang dan limpa. Disebabkan oleh ini, ia selalu digunakan di dalam penyediaan herba. Juga digunakan secara tradisional untuk merawat cirit birit disebabkan fungsi limpa berkurangan.
Dengan penggunaan yang teratur, herba ini dapat membantu mengurangkan rasa kurang enak di sendi dan di otot.
Dengan penggunaan herba ini, seseorang itu akan lebih bertenaga, berseri-seri, lebih sihat secara dalaman.

Rhizoma Gastrodiae Elata
Herba ini serasi dengan herba yang lain dan selalu digunakan dalam penyediaan tonik yang kuat untuk kesihatan secara am.
Herba ini digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda serangan sawan. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda serangan vertigo akibat daripada fungsi hati yang terlalu aktif, mengurangkan tekanan serta mengurangkan stress.

Crocus Sativus / Flos Carthami
Herba ini telah digunakan secara tradisional untuk orang yang mengalami kejutan, kemurungan dan masalah bersangkutan dengan haid. Pada zaman purbakala Rom, herba ini digunakan untuk menyingkir toksid akibat pengambilan alkohol yang berlebihan. Herba ini juga mempunyai sifat-sifat sedatif, anti sawan, membuang kahak dan meningkatkan syahwat. Ujian di makmal menunjukkan herba ini mempunyai ciri-ciri farmalogikal seperti boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan jantung, juga merangsang pernafasan.

Resina Draconis Daemonorops
Semenjak 1500 tahun yang lalu, diturunkan dari generasi ke generasi digunakan di Cina untuk melancarkan peredaran darah, juga dalam penjagaan berkaitan fungsi darah, seperti mengatur kitaran haid, menghentikan pendarahan, melawan serangan bakteria, mengurangkan kerandangan, mengurangkan kebengkakan, mengurangkan kesakitan, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengglakkan penjanaan semula tisu. Kajian zaman ini dan pemerhatiaan secara klinikal, telah membuktikan herba ini mempunyai dwi tindakan yang bertentangan dalam melancarkan peredaran darah dan juga memberhentikan pendarahan. Herba ini berkesan dalam proses metabolisme dan fungsi endokrin, dan menguatkan sistem imun.

Rhodiola Sarca / Radix Rhodiola
Digunakan sejak dahulu kala oleh rakyat Cina dan juga Tibet. Bukti menunjukkan herba ini lebih kuat daripada ginseng. Ia bagus untuk inpidu yang mempunyai pekerjaan yang mencabar dari segi fizikal maupun mental. Dari segi mental, herba ini menolong meningkatkan kapasiti mental, termasuk menguatkan memori dan terbukti boleh mengurangkan reaksi tubuh terhadap stres. Herba ini juga memberi manfaat dalam sistem kardiovaskular, untuk mengelakkan penyakit jantung. Penting dalam sistem imun, boleh diambil secara harian.

Flos Rosae Chinesis
Herba ini kerap digunakan dalam penyediaan untuk melancarkan peredaran darah, mengawal kitaran haid, mengurangkan penyakit senggugut dan boleh mengurangkan bengkak-bengkakApabila digabungkan dengan herba yang lain, rumusan ini membantu dalam kesejahteraan kesihatan apabila penggunaannya dapat melancarkan peredaran darah ke organ penting. Dahulu herba ini memberi manfaat kepada wanita sahaja, tetapi sekarang orang lelaki juga mendapat manfaatnya dalam meningkatkan fungsi koronari.

Cordycep Sinensis
Herba ini digunakan secara tradisional di China dalam memulihkan kembali kesihatan seseorang itu selepas menghidapi penyakit. Ia membantu menguatkan sistem imun dan digunakan dalam penjagaan penyakit .Herba ini menarik perhatiaan umum apabila sekumpulan pelari China telah memecahkan rekod di "World Outdoor Track and Field Championship" di Jerman. Jurulatih mereka mengatakan pelari-pelari tersebut telah mengambil tonik ini secara teratur dalam menolong menambahkan stamina, tenaga, dan daya ketahanan badan dalam melakukan aktiviti fizikal. Ini menjadikan herba ini merupakan suplemen yang paling laris dalam bidang sukan.

Folium Ginkgo Biloba
Daun herba ini dikatakan membantu menolong meningkatkan memori dan konsentrasi(daya tumpuan) dengan menambahkan bekalan oksigen kepada sel otak dan peredaran kepada beberapa organ. Digunakan secara tradisional untuk menguatkan jantung, paru-paru, kulit dan organ seksual baik lelaki maupun wanita.Pakar herba di China telah lama menggunakan biji Ginkgo untuk mengeluarkan kahak dari paru-paru. Herba ini amat penting dalam penyediaan herba pada zaman ini, dan telah diperluaskan kegunaannya di Jepun, Jerman dan semakin popular di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan negara yang lain.Dengan kajian yang teliti, herba ini telah diterima sebagai tonik minda sehinggakan penyakit serius seperti nyanyuk, demensia, Alzaimer, vertigo, pening kepala. Herba ini telah digunakan secara klinikal dalam penjagaan hemoroid, keradangan migraine, alahan dan asma.

Rhizoma Liqustici Sinensis
Pakar herba menggunakan herba ini untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh angin di saluran makanan. Apabila digabungkan dengan herba yang lain, baik untuk mengurangkan kesakitan, bengkak-bengkak dan jangkitan kulit.

No comments:

Post a Comment