lets click!

Thursday, February 26, 2009

Produk Unik


Lumiglow.

Apa itu Lumiglow?
Sejenis krim yg terdiri daripada bahan-bahan semula jadi iaitu :

1) Keladi liar @ Dioscorea villosa.
Pokok keladi yang unik ini , mengandungi lebih daripada 50 pencetus hormon. Ianya dianggap sebagai bahan terkini di dalam perubatan biologi dan dikenali sebagai bahan yang paling penting di dalam terapi hormon (digunakan sendiri). Oleh kerana pokok ini hidup di tempat yang tidak tercemar, ia mempunyai bahan penyembuh sendiri, apabila digunakan oleh manusia, bahan ini merangsang penyembuhan sendiri dan pengaktifan semula organ-organ. Kesan yang paling penting sekali ialah bahan ini boleh membantu di dalam mengaktifkan, menyeimbangkan penghasilan hormon, memastikan kita sentiasa menerima hormon yang sesuai apabila tubuh kita memerlukannya. Tambahan lagi, bahan aktif tumbuhan ini iaitu Diosgenin, diketahui mempunyai sifat antiradang.

Kini, krim keladi liar ini telah banyak digunakan dalam membantu menyeimbangkan hormon, meningkatkan tenaga, stamina dan daya ketahanan, serta membuatkan kita berasa muda, kuat dan lebih bertenaga.
Untuk wanita, bahan ini berkesan dalam mengurangkan simtom-simtom premenstrual dan menopos.

Bahan-bahan LumiGlow® yang lain ialah ekstrak aloe vera, ekstrak kacang soya, ekstrak biji anggur dan Vitamin E.

2) Ekstrak Aloe Vera.
Aloe Vera adalah satu-satunya ramuan persolekan semulajadi yang terunggul setakat ini. Ia berkesan untuk menyerlahkan kulit, agar kelihatan lembut, licin, berseri & mengurangkan penuaan

3) Ekstrak Kacang Soya.
Kacang soya mengandungi bahan semulajadi yang mirip kepada hormon wanita. Secara tradisional, makanan mengandungi soya telah menjadi makanan untuk penduduk Cina dan Jepun, di mana insiden-insiden penyakit kanser yang bergantung dengan hormon seperti kanser payudara dan kanser prostat adalah rendah.

4) Ekstrak Biji Anggur.
Ekstrak biji anggur merupakan faktor anti-pengoksidaan yang terunggul setakat ini, berkesan untuk mencegah kerosakan radikal-radikal bebas terhadap sel-sel, 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C dari segi antioksidannya.

5) Vitamin E.
Vitamin E yang diserap oleh kulit akan tertinggal pada tisu-tisu kulit untuk melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.

Cukup la untuk malam ni. Sekurang2nya kita tahu produk ni mengandungi bahan2 semulajadi.